happy

Bahagia itu sederhana

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *