plus

Claim kat PLUS

Jika memandu di lebuhraya, kita selalu terserempak dengan objek2 yang
menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu,
kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami
kerosakan, tahukah anda kita boleh claim dengan pihak PLUS? Ini adalah
kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan. Caranya
mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:

1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go
atau tiket transit)

2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan
tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol
yg berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo touch n go atau smart tag
kena print dr website Plus.

4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan
pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar
bukti kenderaan anda.

5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.

6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar
kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim
insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan
di isi di sana.

7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari
tarikh kita kemukan report polis dan gambar.

Moga bermanfaat. Msg dari member yg kerja dgn syarikat insuran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *