car sparepart

Mencari Spare part

Di kedai baiki keter…
Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, ade seorang gadis singgah dan bertanyakan satu benda yang disebut tujuh-ratus-sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan,

“Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?”

Gadis itu menjawab,

“Awak tahu kan benda kecik kat tengah enjin, saya dah hilangkannye dan nak yang baru”

Gadis itu cakap dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang ‘hood’nya memang terbuka ke atas, dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu,

“benda 710 tu ade kat kereta ni ker?”

Gadis itu menuding dan berkata,

“mestilah ader, tur haa bendanyer….”
.
Sila tgk gambar..
.

IMG-20141027-WA0028

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *