janda

Ni citer JANDA 18 tahun

Al kisah seorang duda 36 tahun (Mael kangkung namanya) yang kematian isteri 3 tahun lepas termenung panjang di anjung rumah.

Pak Mat Broker lalu didepan umah Mael.
Tegur Pak Mat, “Naper ko ni.. Mael? Macam orang tak terurus dah aku tengok”.

“Biasa la Pak Mat.. Hidup bujang ni x de sapa nak uruskan makan minum..” kata Mael.

“Kesian aku tengok ko ni.. ko ada hajat nak kawen lagi ke Mael?” Tanya Pak Mat.

“Ada ke orang nakkan saya Pak Mat.. Kalau ada boleh jugak..😜..” ujarnya dengan nada miang tak jadik.

“Kalau kau setuju ada sorang janda 18 tahun sedara dengan bini aku.. sian aku tengok dia sunyi sorang diri..” kata Pak Mat.

Serta merta wajah Mael terus ceria gelojoh sambil menjawab.. “Boleh gak Pak Mat eerrr..😬😬.”

“Kalau macam tu.. esok kita pegi tengok sambil merisik.. amacam?”

“Tak payah risik2 la Pak Mat.. kira jadik jer la..
Pak Mat uruskan jer.. berapa kos saya bayar.” Nada gelojoh Mael.

“Sabor.. sabor.. Mael.. issskk ko ni.. tak menyesal ke tak tengok dulu..”

“Saya percayakan Pak Mat 200%”.. ujar Mael.

“Err.. sapa nama dia Pak Mat?”

“Midah..” jawab Pak Mat ringkas.

“Fuhhh.. JANDA 18 tahun.. mana nak dapat weeii..” jerit Mael gumbira.
.
2 minggu kemudian..
.
Majlis akad nikah diuruskan oleh Pak Mat dengan sederhana shj.

Mael Kangkong melafazkan nikah dengan sekali lafaz dan senafas sahaja. Memang hebat.

Selesai shj akad nikah.. Mael pon masuk bilik untuk berjumpa dengan Midah “isteri” barunya untuk solat sunat bersama2.

Tiba2 hadirin terdengar Meal menjerit sambil menerpa Pak Mat yg sedang minum kopi O kampong..
“Pakk Mattttttttt… ko tipu aku”.

“Nanti Mael.. sabo.. sabo.. naper marah aku pulak ni..”

“Pak Mak tipu saya.. Dulu Pak Mat kata Midah ni JANDA umur 18 tahun..
Kenapa Midah yg ni dah macam NENEK saya?”..

“Mael.. aku x pernah cakap midah ni JANDA umur 18 tahun.. Yang aku cakap Midah ni JANDA 18 tahun, masa laki dia mati dulu umur dia dah 63 tahun.. dah 18 tahun dia menjanda.. kesian kat dia Mael..”

“Huaarrrrrr… 😭😭😭😭😭.”
Pelajaran penting:

1. Fahamkan SOALAN sebelum menjawab.

2. Jangan jawap soalan ketika tengah “Excited”.. nanti kita buat “silly mistake”.

😄😄😄😄😝😝😝

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *