siput

Nikmatilah kehidupan

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput :

“Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab :

“Kalian kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih”

Katak menjawab :

“Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)”

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang…

Siput terharu…
Akhirnya baru sadar…
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban…
tetapi adalah kelebihannya…

Nikmatilah kehidupanmu..
Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.
IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan…

rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta

rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang …
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu sangat mahal…

“Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita ber-SYUKUR…
Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *