OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Peringatan untuk semua

Beli kereta mahal.. Beli kereta berkilat.. Pakai loan bank 8 9 tahun.. Bila anak terguris calar sikit dirotannya anak. Bila hantar cuci, tak puas hati di tampar dan dipukulnya bangla tukang cuci kereta.

Beli rumah besar, buat renovation gah, kabinet hebat, beli perabut mahal dengan hutang bank hutang CC… Belum habis hutang, bibik pembantu rumah terpecahkan cermin kabinet, dihempuknya dan dideranya bibik. Anak tumpahkan susu di sofa di cubit cubit di tamparnya anak.

Rumah cuci berkilat… Kucing makhluk tuhan tumpang melintas dijirusnya air. Kucing menumpang tanah 3inci untuk buang najis, dicurahnya air panas. Padahal bukan susah pun nak angkat najis tu untuk dibuang.
Ada duit lebih sikit, baru dapat minum kopi starbuck, sudah ada pandangan jijik pada pencuci banggunan. Sudah ada prasangka pada peminta sedekah rohingya…
………… Maka apa maknanya kemewahan dan kesenangan jika ia menarik sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan?
Kesenangan tersebut kalau menghilangkan nilai kemanusiaan, bukan lagi nikmat di dunia tetapi yakinlah ianya adalah bala ujian yang amat berat sekali, punca yang membawa pada hukuman berat di akhirat sana.
Biar kita hidup sederhana… Tetapi masih mampu senyum dan memeluk mereka yg tidak satu level dengan kita.. Masih boleh tersenyum pada cleaner di keliling kita.. Biar tiada kereta besar bergaya mahupun baju berjenama… Asalkan Allah masih meletakkan akal kewarasan manusia pada tempat sepatutnya.
Bak kata Sheikh Hamza Yusuf yang aku ingat dan pegang sampai sekarang.. “I keep myself a small car so it could remind me to stay human.”
Be human. Stay human. Die as human.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *