renungan

Renungan untuk semua

Anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Batteri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tido. Hish budak ni, apa nak jadi. Tapi ada jiran saya beberapa bulan yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tido, anaknya telah kembali bertemu pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Anda rasa pakaian anda tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju aje.

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa2 kecuali sehelai kain kapan.

Anda rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Anda rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap anda. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk di hidupkan semula .

Syukurlah walau apa jua keadaan anda masih di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *