OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sijil Yang Tuannya Tak Sempat Tengok

Kehidupan ini adalah seperti kertas yang dilihat, dilipat, disimpan, dikoyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya macam kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA…

Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja,
Kerana kertas manusia dihina,
Kerana kertas manusia terpisah,
Kerana kertas manusia berkuasa ….
Kerana kertas manusia merana.

Cuba perhatikan,
Sijil Kelahiran – Kertas..
Sijil Penghargaan – Kertas..
Sijil Kelulusan – Kertas..
Sijil PerKahwinan – Kertas..
Ijazah – Kertas..
Buku akaun – Kertas..
Saman – Kertas..
Tesis – Kertas..
Passport – Kertas..
Sijil perubatan – Kertas..
Jemputan kawin – Kertas..
Duit – Kertas..
Semuanya kertas.

Hanya satu kertas yang tertulis namanya, tuannya tetapi dia tak sempat melihatnya iaitu Sijil MATInya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *